Pertandingan Masakan Rimba (Backwoodsman Cooking)
Tarikh : 6hb Jun 2008
Masa Pendaftaran : 1.00 petang
Masa Pertandingan : 1.30 petang hingga 3.30 petang
Tempat Pendaftaran : Bilik Urusetia
Tempat Pertandingan : Padang
Pakaian : Pakaian seragam yang lengkap
Yuran Pendaftaran : RM 20.00 sepasukan sahaja
Bilangan Peserta : 4 orang sahaja
Peraturan-peraturan Pertandingan
- Masakan yang perlu disiapkan dalam masa 3 jam adalah berikut:
- (I) Nasi dalam buluh (II) Telur (III) Roti Lilit
(IV) Ubi Kentang (V) Ayam
- Pihak penganjur akan membekalkan 250gram beras, 2 biji telur, 2 ketul ubi kentang, ½ ekor ayam siap sembelih dan 500gram tepung gandum.
- Beras perlu dimasak dalam buluh.
- Ayam perlu dimasak cara panggang.
- Cara memasak telur dan ubi kentang adalah bebas.
- Roti lilit diwajipkan.
- Hanya gula, garam dan majerin dibenarkan.
- Pihak penganjur akan membekalkan kayu api atau buluh sebagai bahan api. Umpan semulajadi seperti daun kering, rumput kering, serat tempurung dan sebagainya perlu disediakan oleh peserta. Minyak tanah, kertas dan bahan bukan semulajadi dilarangkan.
- Peserta hanya boleh menggunakan bahan api yang dibekalkan oleh pihak penganjur dan bahan-bahan api lain seperti minyak tanah dan kertas tidak dibenarkan.
- Tiada had untuk bilangan mancis yang digunakan dan disediakan oleh peserta.
- Tiada markah untuk menghidupkan api.
- Meja berukuran sekurang-kurangnya 70cm x 50cm luas akan disediakan oleh pihak penganjur dan semua masakan hendaklah dihidangkan di atas meja itu.
- Hiasan atas meja hidangan hanya dibenarkan daun pisang dan buluh sahaja.
- Peserta hanya boleh menggunakan bahan muatan makanan yang diperbuat daripada buluh dan daun pisang sahaja.
- Alatan kegunaan memasak perlu disediakan oleh peserta pertandingan seperti parang, pisau, gergaji dan buluh.(Aluminium foil dan bekas besi dilarangkan)
- Menu makanan tidak diperlukan.
- Pengadil adalah terdiri daripada pemimpin/jurulatih pengakap yang bertauliah dan berpengalaman.
- Keputusan pengadil adalah muktamad.
- Jadual permarkahan akan dipaparkan di papan kenyataan bilik urusetia selepas keputusan diumumkan.
- Pihak penganjur berhak mengubah atau menambah sebarang peraturan sebelum pertandingan dimulakan dengan memberi notis kepada peserta pertandingan.
- Cara permarkahan adalah seperti berikut:
Permarkahan
Kemasakan : 40%
Rasa Makanan : 30%
Persembahan hasil masakan : 10%
Kebersihan : 10%
Penggunaan alatan semulajadi : 10%
__________________________________________
Jumlah : 100%