Pertandingan Memasak (Scout Cooking)
Tarikh : 6hb Jun 2008
Masa Pendaftaran : 1.00 petang
Masa Pertandingan : 1.30 petang hingga 3.30 petang
Tempat Pendaftaran : Bilik Urusetia
Tempat Pertandingan : Padang
Pakaian : Pakaian seragam yang lengkap
Yuran Pendaftaran : RM 20.00 sepasukan sahaja
Bilangan Peserta : 4 orang sahaja
Peraturan-peraturan Pertandingan
- Peserta akan diberi masa 2 jam untuk siapkan masakan berikut:
- nasi 2) sayur (kubis) 3) ayam 4) manisan.
- Pihak penganjur akan menyediakan bahan mentah seperti beras (tiada had), setengah biji sayur kubis dan seekor ayam siap sembelih dan peserta perlu memasak bahan-bahan mentah yang dibekalkan
- Bahan-bahan mentah dibawa oleh peserta, makanan tin dan siap masak adalah dilarang.
- Peserta dibenarkan membawa bahan-bahan sampingan seperti udang kecil, belacan, ikan bilis, halia, bawang, telur dan sebagainya untuk masak bersama bahan mentah yang dibekalkan. Perisa juga boleh dibawa untuk keempat-empat masakan utama itu.
- Bahan-bahan untuk penyediaan bahan manisan hendaklah dibawa oleh peserta.
- Pertandingan memasak ini berpandu kepada konsep ‘Back To The Basics’
- Makanan mestilah HALAL.
- Para peserta hanya dibenar menggunakan 1 kuali dan 1 periuk sahaja.
- Peserta pertandingan tidak dibenarkan merujuk kepada buku resipi masakan (recipe book) semasa pertandingan dijalankan.
- Peserta hanya dibenarkan menghidupkan 1 timbunan api sahaja.
- Peserta dihendaki menghidupkan api dengan menggunakan bahan api seperti buluh dan kayu api yang dibekalkan oleh pihak penganjur.
- Peserta hanya menggunakan mancis untuk menghidupkan api bersama umpan semulajadi seperti daun kering, rumput kering, dan sebagainya. Minyak tanah, kertas dan bahan bukan semulajadi dilarangkan.
- Tiada markah untuk menghidupkan api dan bilangan mancis yang digunakan tidak dihadkan.
- Pengadil hanya menilai hasil masakan. Masakan boleh dinilai oleh pengadil sejurus selepas siap dimasak dan dihidangkan dengan pinggan atau mangkuk dengan permintaan peserta. Masakan yang disediakan boleh dinilai satu demi satu dan tidak semestinya dinilai selepas semua masakan siap.
- Hiasan makanan hanya diambil kira di dalam pinggan atau mangkuk yang dihidangkan. Hiasan luar daripada pinggan atau mangkuk yang dihidangan tidak akan dinilai. Menu makanan tidak diperlukan.
- Meja berukuran sekurang-kurangnya 70cm x 50cm luasnya akan disediakan oleh pihak penganjur. Peserta dibenarkan membawa meja sendiri.
- Pengadil adalah terdiri daripada tukang masak restoran, instruktur kelas memasak dan pemimpin/ jurulatih pengakap yang berpengalaman dan bertauliah.
- Keputusan akan diumumkan 1 jam selepas tamat pertandingan dan sesi taklimat/ kesimpulan oleh pengadil akan diberikan. Keputusan setiap pasukan akan dipaparkan di papan kenyataan urusetia.
- Pihak penganjur berhak mengubah atau menambah sebarang peraturan sebelum pertandingan dimulakan dengan memberi notis kepada peserta pertandingan.
- Keputusan pengadil adalah muktamad.
- Cara Permakahan adalah seperti berikut :
Permarkahan
Kemasakan : 30%
Rasa Makanan : 40%
Persembahan hasil masakan : 10%
Kebersihan : 20%
_____________________________________________
Jumlah : 100%