Pertandingan Model Projek Perintis (Pioneering Project Model)
Tarikh : 7hb Jun 2008
Masa Pendaftaran : 9.30 pagi
Masa Pertandingan : 10.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat Pendaftaran : Bilik Urusetia
Tempat Pertandingan : Gelanggang badminton
Pakaian : Pakaian seragam yang lengkap.
Yuran Pendaftaran : RM 5.00 sepasukan sahaja
Bilangan Peserta : 4 orang sahaja
Peraturan-peraturan Pertandingan
- Model tapak perkhemahan tidak diperlukan.
- Peserta akan diberi masa 3 jam untuk menyiapkan model projek perintis tersebut:
a) Satu Menara b) Satu Jambatan.
- Setiap model gadjet mesti diperbuat daripada lilit sate yang berdiameter antara 2mm ~ 3mm.
- Hanya benang putih sahaja boleh digunakan untuk membuat model ini.
- Paku, gam dan segala bahan pelekat dilarangkan.
- Lilit sate boleh disiap potong tetapi ikatan perlu dibuat semasa pertandingan.
- Segala alatan dan bahan yang diperlukan dalam pertandingan disediakan oleh peserta sendiri. (kecuali bahan larangan)
- Jika terdapat sebarang peralatan larangan, pihak penganjur akan rampas dan dipulangkan selepas pertandingan.
- Teknik pembinaan seperti trestle, bracing,lantai, selusur, perekaan, pengukuhan, tangga dan sesuai guna adalah digalakkan.
- Markah kelogikan diberi berdasarkan skala dan nilai realiti model projek perintis yang dihasilkan.
- Skala untuk model projek perintis ialah 2cm : 1m
- Semua peserta dibenarkan memberi terangan.
- Semua peserta mesti berhenti kerja selepas masa tamat. Pengadil berkuasa membatalkan hak pertandingan peserta yang melanggar peraturan ini.
- Peserta pertandingan tidak dibenarkan meninggalkan kawasan pertandingan kecuali mendapat kebenaran daripada pihak penganjur.
- Jika peserta didapati melanggar peraturan, penalti masa selama 10 minit akan dikenakan.
- Pemarkahan hanya tertumpu terhadap hasil kerja, iaitu satu model menara dan satu model jambatan.
- Keputusan pengadil adalah muktamad.
- Pengadil adalah terdiri daripada jurutera struktur dan pemimpin/jurulatih pengakap yang berpengalaman dan bertauliah.
- Keputusan akhir dan markah setiap pasukan akan dipaparkan di papan kenyataan urusetia selepas keputusan diumumkan.
- Pihak penganjur berhak mengubah atau menambah sebarang peraturan sebelum pertandingan dimulakan dengan memberi notis kepada peserta pertandingan
- Cara permarkahan adalah seperti berikut:
Permarkahan
Kreativiti : 20%
Kelogikan : 20%
Teknik Pembinaan : 20%
Suai guna & kekukuhan : 30%
Kekemasan : 10%
__________________________________
Jumlah : 100%