Shiang Yang Open Scout Troop

Rules and Regulation / Peraturan dan undang-undang

Peraturan-Peraturan Perayaan Ulang Tahun Ke-8 Kumpulan Pengakap Shiang Yang Ipoh bersama Majlis Malam Kebudayaan dan Pertandingan Kemahiran Pengakap / Pandu Puteri Kali Ke-2

  1. Undang-undang Pengakap dan Pandu Puteri menjadi kewajipan semua peserta sepanjang aktiviti dan pertandingan.
  2. Semua kontijen / kumpulan pengakap dan pandu puteri mesti melapor diri / mendaftar di bilik urusetia sebaik sahaja tiba.
  3. Peserta dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan dan arahan-arahan yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
  4. Peserta mesti berdisiplin dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak penganjur.
  5. Semua bahan/ alatan yang berbahaya dilarang membawa masuk ke dalam kawasan penganjuran.
  6. Berjudi, merokok dan minuman keras adalah dilarang.
  7. Peserta dikehendaki berpakaian kemas dan bersopan (pakaian seragam kemeja-T kumpulan digalakkan) di kawasan penganjuran.
  8. Peserta yang ingin keluar dari kawasan penginapan selepas 11pm mesti mendapatkan kebenaran daripada pihak pengajur terlebih dahulu.
  9. Jika berlaku sebarang kemalangan, hubungi pihak penganjur/ urusetia dengan segera.
  10. Ketua kontijen dan pemimpin pengakap/pandu puteri bertanggungjawab penuh atas ahli masing-masing. Jadi, semua peserta tidak digalakan keluar dari kawasan penganjuran.
  11. Pihak penganjur tidak akan bertanggunjawab atas sebarang kehilangan harta benda peribadi, kumpulan dan alatan pertandingan.
  12. Para peserta dilarang membuang sampah-sarap di merata tempat.
  13. Para peserta perlu berjaga-jaga supaya tidak merosakkan harta benda di kawasan penganjuran.
  14. Jika terdapat sebarang kerosakan harta benda pihak penganjur yang disebabkan oleh peserta, kerugian akan ditanggung oleh peserta tersebut.
  15. Peserta tidak dibenarkan memasuki kawasan larangan yang ditentukan oleh pihak penganjur kecuali dibenarkan oleh pihak penganjur.
  16. Jika ibu bapa peserta ingin berjumpa dengan peserta, mereka mesti memberitahu pengawal keselamatan yang bertugas atau pihak urusetia sebelum memasuki ke kawasan penganjuran. Ini adalah demi keselamatan semua pihak.
  17. Peserta yang didapati melanggar peraturan akan dibatalkan hak daripada menyertai pertandingan.
  18. Penyertaan pasukan tuan / puan dalam acara-acara pertandingan hendaklah dimaklumkan kepada pihak penganjur selewat-lewatnya pada atau sebelum 6 April 2008 dengan menghantar borang penyertaan. Ini akan memudahkan kerja-kerja persedian pihak penganjur.
  19. Kontijen / kumpulan yang ingin menyertai pertandingan mesti berdaftar kepada pihak penganjur pada hari pertama - 6 Jun 2008. Kumpulan yang lewat daftar tidak dapat menyertai sebarang pertandingan.
  20. Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan pertandingan selepas melaporkan diri pertandingan dan semasa pertandingan kecuali mendapat kebenaran daripada pihak penganjur.
  21. Peserta pertandingan tidak dibenarkan berhubung dengan orang luar semasa pertandingan dijalankan.
  22. Kawasan pertandingan mesti dibersihkan dan dikemaskan selepas pertandingan dijalankan.
  23. Keputusan pengadil adalah muktamad.
  24. Semua peserta yang hadir dilarang membawa alatan yang boleh menimbulkan kebisingan kacau-bilau semasa malam kebudayaan seperti tong, wisel dan lain-lain. Pihak penganjur berkuasa merampas alatan tersebut dan memulangkannya selepas malam majlis malam kebudayaan.

Peraturan-peraturan Bilik Penginapan.

  1. Bilik penginapan disediakan untuk peserta luar bandar Ipoh sahaja.
  2. Para peserta tidak dibenarkan mengotorkan, mencontengkan dan merosakkan sebarang harta benda yang terdapat di dalam bilik penginapan
  3. Para peserta tidak dibenarkan membuat bising dalam bilik penginapan.
  4. Para peserta tidak dibenarkan memasak atau memakan sehingga mengotori bilik penginapan.
  5. Para peserta tidak dibenarkan membuang sampah-sarap di bilik dan kaki lima bangunan. Pastikan sampah sarap dibuangkan ke dalam tong sampah yang disediakan.
  6. Kalau terdapat kekurangan beg plastik sampah, hubungi pihak penganjur.
  7. Para peserta tidak dibenarkan tidur di atas meja yang terdapat di bilik penginapan.
  8. Para peserta perlu mematikan suis kipas dan lampu sekiranya tiada orang dalam bilik penginapan.
  9. Jika sesiapa yang merosakkan harta-benda dalam bilik penginapan, bayaran ganti-rugi akan dikenakan.
  10. Para peserta lelaki tidak dibenarkan memasuki bilik penginapan peserta perempuan dan juga sebaliknya.
  11. Para peserta dikehendaki menjimatkan bekalan elektrik.

Peraturan-peraturan Semasa Menggunakan Tandas.

  1. Para peserta dikehendaki menjimatkan bekalan air dan elektrik.
  2. Sentiasa menjaga kerbersihan tandas.
  3. Selepas menggunakan tandas, bersihkan dengan air.
  4. Para peserta tidak dibenarkan mengotorkan dan mencontengkan dinding tandas.
  5. Para peserta dikedendaki berjaga-jaga semua peralatan di dalam tandas.
  6. Bahan buangan yang telah digunakan seperti tisu, sabun dan botol-botol syampu yang kosong dikehendaki membuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
  7. Para peserta tidak dibenarkan bermain dan menjerit-jerit di dalam tandas.
  8. Pihak penganjur tidak akan bertanggunjawab ke atas sebarang kehilangan harta benda peserta di dalam tandas.
  9. Jika sesiapa yang merosakkan harta benda di dalam tandas, bayaran ganti-rugi akan dikenakan.

KERJASAMA DARIPADA PIHAK TUAN/ PUAN AMAT DIHARGAI

                 
PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN

  1. Semua peserta yang menyertai pertandingan mesti lahir selepas 1hb Januari 1990, iaitu berumur tidak melebihi 18 tahun.
  2. Bilangan pasukan yang menyertai pertandingan tidak dihadkan bagi setiap kumpulan pengakap / pandu puteri untuk semua pertandingan.
  3. Semua pasukan pertandingan mesti mengikut giliran yang dicabut undi oleh ketua pasukan masing-masing.
  4. Semua pasukan pertandingan mesti melaporkan diri bersama kad pengenalan masing-masing setengah jam sebelum pertandingan atau masa yang ditetapkan. Jika tidak, pihak penganjur berkuasa membatalkan kelayakan.
  5. Semua peserta mesti berpakaian seragam lengkap yang ditetapkan dan berkemas semasa pertandingan.
  6. Jika peserta tercedera semasa pertandingan, maka peserta tersebut berhak tarik diri atau meneruskan pertandingan. Ketua kontijen atau pemimpin peserta bertanggungjawab ke atas peserta tercedera itu.
  7. Peserta yang mengambil bahagian dalam semua pertandingan mesti memenuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak penganjur dari masa ke semasa.
  8. Setiap pasukan mesti melaporkan diri pada masa yang ditetapkan. Pasukan yang lewat tidak akan dilayani.
  9. Pihak penganjur akan menjemput pengadil berkelayakan dan bertauliah seperti anggota tentera, instruktur institut tarian dan lakonan, tukang masak, jurutera, pemimpin pengakap untuk  permarkahan dalam setiap pertandingan. Peserta boleh bertanya soalan yang berkaitan terhadap pengadil dalam sesi taklimat sebelum dan selepas pertandingan tetapi bilangan soalan dan masa terhad.
  10. Keputusan pengadil adalah muktamad.
  11. Jika didapati sesiapa melanggar peraturan yang ditetapkan, pihak penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan untuk bertanding.
  12. Pihak penganjur berhak mengubah peraturan yang sedia ada bila-bila masa dan diumumkan di atas papan kenyataan urusetia atau memaklumkan kepada peserta bila-bila masa.
  13. Sekiranya perlu penjelasan teliti mengenai pertandingan, sila hubungi

Ketua pertandingan :   

Yong Tick Chin ( 016-5488605 )       
8.00pm – 10.00pm (Isnin, Selasa, Khamis & Jumaat)       2.00pm – 10.00pm (Rabu)
10.00am – 10.00pm (Sabtu & Ahad)

Chan Jin Han     ( 016-5171697 )      
3.00pm – 4.30pm (Isnin & Rabu)           9.30pm – 10.30pm (Khamis)




<< BACK